Friday 14 November 2014

Mission Board Saya

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semuanya yang sudi nak membaca :)

Harini ni topik miza sekadar penguat semangat untuk yang bershaklee 

Baru-baru ni miza menghadiri "Training New Distributor" di Times Square pada Sabtu yang lepas. Alhamdulillah sedikit sebanyak membakar semangat miza. :)

Sejak miza join Shaklee ni, Alhamdulillah upline banyak mengajar macamna nak berjaya dalam SHAKLEE ni. Ok la.Focus dalam Shaklee ini adalah kerana miza ada Mission Board sendiri kenapa miza pilih SHAKLEE sebagai side income miza sendiri :)



Ini adalah antara Mission Board miza :-

Pertama : Umrah / Haji
Miza teringin sangat nak pergi mengerjakan haji / umrah. Bila tengok gambar kaabah memang menangis. Dengar "Labbaikallahummalabbai" Allahuakbar.. sayu je hati ini. Mungkin belum menjadi jemputan lagi. Tapi harapan miza memang nak sangat pergi ke sana. Dengan izin Allah moga miza dan suami dipilih sebagai tetamu ALLAH. Amin.

Kedua: Kereta Honda CIVIC VTi Sedan
Kereta ni sebenarnya bukan untuk miza. Untuk orang tersayang miza. Orang yang sentiasa ada bila miza susah. Orang yang sentiasa membantu miza. Orang yang paling miza sayang. Bagi miza kebahagiaan miza adalah bila tengok dia tersenyum dan gembira sentiasa. Itu pon dah membuat miza gembira sangat. Semoga hajat miza hadiahkan si dia kereta idaman dia tercapai dengan masuk Shaklee ini.

Ketiga : Rumah Sendiri
Rumah adalah salah satu aset yang perlu ada bagi setiap orang. Disebabkan harga rumah pon melambung tinggi sekarang ini. Sebab itu lah miza nak beli rumah sendiri secepat mungkin. Keselesaan keluarga adalah keutamaan bagi miza. Miza xperlukan rumah dua ke tiga tingkat. Satu tingkat sangat memadai dah dan selesa itu yang penting :) Insya ALLAH

Keempat : Freedom Loan
Disebabkan masa belajar dulu ada ambil PTPTN dan sampai sekarang bayar tak abis-abis. Sebab tu nak abiskan cepat-cepat pinjaman ni. Tiap bulan xnak berhutang dah.Bebas dari hutang baru seronok kan :) Insya ALLAH.

Kelima : Sedekah dan berzakat
Sedekah dan berzakat ni alhamdulillah memang miza dah amalkan setiap bulan sejak miza join Shaklee ni tetapi kuantiti setakat dua ke tiga angka je. Harapan miza bila supaya suatu masa nanti miza dapat sedekah dan berzakat dengan 4 angka setiap bulan. Miza nak bantu keluarga dan orang-orang susah di luar sana.. Insya ALLAH

Oklah dah terjawab kenapa miza nak sangat berjaya dengan SHAKLEE ni. Anda bagaimana? Pernah termimpi x nak ada mission board sendiri. Bila kita ada tujuan buat sesuatu itu. Insya ALLAH kita lebih kuat semangat untuk terus BERJAYA!!!

Saya, Senior Supervisor Siti Hamizah , Pengguna dan Pengedar Sah Shaklee Malaysia. 
Jika anda ingin majukan diri dan pilih untuk berubah. Jom pilih macam apa yang saya pilih.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...